Khas untuk pelajar2 3P1
http://www.mirrorcreator.com/files/0H4VMYEY/Latihan_Bab_1_Ting_3.doc_links
skip to main |
skip to sidebar
Bersalam-salaman dengan para pelajar dan guru-guru
Cikgu Rahman merupakan guru sejarah yang berpengalaman dan telah mengajar hampir 30 tahun dalam dunia pendidikan. Persaraan beliau sukar dicari ganti. Banyak membantu guru-guru di SMK Pesisiran Perdana terutama guru sejarah.
Bak kata pepatah : patah tumbuh hilang berganti, tapi takkan sama dengan yang pergi.
Jalan Gading 3 Taman Gading Baru Tanjung Agas Ledang Johor
Pages
center>
click to create your own
click to create your own
Saturday, January 7, 2012
Latihan Teka Silangkata.
Kepada para pelajar 3P1 sila jawab teka silangkata ini.
http://sejarah101.zzl.org/ting3/f3b1cross.htm
http://sejarah101.zzl.org/ting3/f3b1cross.htm
Majlis Persaraan Cikgu Rahman (PK Akademik) - Guru Sejarah
Ketibaan Cikgu Rahman di perkarangan SMK Pesisiran Perdana
Menaandatangani buku pelawatBersalam-salaman dengan para pelajar dan guru-guru
Cikgu Rahman merupakan guru sejarah yang berpengalaman dan telah mengajar hampir 30 tahun dalam dunia pendidikan. Persaraan beliau sukar dicari ganti. Banyak membantu guru-guru di SMK Pesisiran Perdana terutama guru sejarah.
Bak kata pepatah : patah tumbuh hilang berganti, tapi takkan sama dengan yang pergi.
Thursday, January 5, 2012
Wednesday, December 28, 2011
Bab 1 : Sejarah Dan Kita
Tingkatan 1
BAB 1 : SEJARAH DAN KITA
By Cikgu Kamariah Mohd Nor
BAB 1 : SEJARAH DAN KITA
(1) Pengertian Sejarah
- Perkataan Arab – syajaratun – pohon atau pokok, salasilah, keturunan, asal-usul dan riwayat.
- Ibn Khaldun – masyarakat dan peradaban manusia dan perubahan yang berlaku pada sifat masyarakat
- Herodotus – cerita tindakan manusia dan sebab mereka melakukannya.
- Muhd. Yusof Ibrahim – rekod peristiwa yg berlaku.
- Penyelidikan perkara yg telah berlaku
(2) Ciri-ciri Sejarah
a) Fakta yang tepat dan benar.
1. Fakta Sejarah dibuktikan melalui
i. peristiwa
ii. tempat
iii. tokoh
iv. tarikh
2. Fakta tidak boleh direka/ditokok tambah.
3. Fakta sejarah – bukti kesahihannya
b) Penting dan bermakna.
1. Peristiwa penting kepada negara - kemerdekaan
2. Peristiwa penting kepada pelajar – tarikh lahir pelajar.
c) Sebab dan akibat.
1. Mencari kebenaran sesuatu peristiwa
2. Bagi mengetahui sebab dan akibat peristiwa – apa, siapa, bila, di mana, mengapa dan bagaimana
3. Sejarawan membuktikan kesahihan fakta
4. Sebab & akibat sesuatu peristiwa timbulkan perasaan ingin tahu
(3) Sumber Sejarah
Ciri Sumber Pertama/Sumber Primer.
fosil, artifak dan keterangan lisan.
Belum diolah dan dicetak
Masih asli dan belum ditafsir.
Contoh: fail rasmi jabatan, surat peribadi, manuskrip belum dicetak & batu bersurat.
Ciri Sumber Kedua/Sumber Sekunder.
Bahan yg dikaji melalui bacaan bahan bertulis.
Ditulis oleh sejarawan.
Diolah dan dicetak.
Disebarkan kepada umum.
Buku, majalah, jurnal, akhbar dan risalah.
(4) Kaedah Pengkajian Sejarah
a) Kaedah lisan.
Maklumat diperoleh secara terus
melalui ucapan, penceritaan, perbualan
Maklumat sejarah drp ucapan tokoh.
Maklumat berkait dgn tradisi sastera rakyat spt mitos, legenda, dongeng dan puisi.
Sejarawan memilih, mentafsir dan bandingkan fakta
Kelemahan – wujudnya unsur tokok tambah yang bercampur dengan unsur mitos, legenda dan dongeng.
Kesan kemajuan sains dan teknologi
kaedah pandang dengar digunakan. Contoh:
televisyen, pita rakaman & internet
b) Kaedah bertulis.
1. Maklumat drp sumber yang ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, kulit kayu, gading dan sebagainya.
c) Kaedah arkeologi.
1. Maklumat berdasarkan kajian saintifik.
2. Antara cabang bidang arkeologi ialah angkasa lepas, maritim dan gali cari.
3. Maklumat ditemui melalui proses gali cari.
4. Melalui proses gali cari, ketetapan usia bahan dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiocarbon.
(5) Pentafsiran Sejarah
1. Tafsiran menjadikan peristiwa bermakna,
2. Sejarawan berusaha mencari jawapan
3. Tafsiran tepat memerlukan penyelidikan
4. Tafsiran mungkin berbeza antara sejarawan.
i. ada yang kata pembunuhan Birch kerana beliau memperkenalkan sistem cukai.
ii. Sejarawan lain – pembunuhan kerana Birch ambil alih kuasa pembesar dan raja
5. Tafsiran berbeza disebabkan pandangan yang berlainan antara sejarawan.
i. Sejarawan barat – penjajahan British kerana ingin membantu raja mententeramkan kacau bilau
ii. Sejarawan lain – penjajahan kerana British ingin membolot kekayaan ekonomi Tanah Melayu.
iii. Sejarawan Barat – anggap Tok Janggut, Dato Bahaman sebagai pemberontak.
iv. Sejarawan tempatan – anggap pahlawan Melayu sebagai pejuang tanah air.
6. Sejarawan mestilah jujur dan bertanggungjawab ketika membuat penyelidikan dan penilaian peristiwa sejarah
(6) Tujuan mempelajari Sejarah
1. Banyak ilmu pengetahuan.
2. Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa
3. Memahami sejarah tamadun awal bangsa
4. Melahirkan perasaan jati diri yang tinggi
5. Membentuk keperibadian bangsa
6. Ketahui pemimpin dan tokoh negara
7. hargai jasa dan pemimpin negara masa lalu dan kini
8. Sikap berhati-hati agar tidak mengulangi kesilapan
9. Merangka wawasan masa depan dengan yakin untuk mempertahankan kedaulatan dan kemajuan negara.
(7) Faedah mempelajari sejarah.
1. Panduan untuk memperbaiki kesilapan
2. Menjadi perangsang memajukan negara
3. Mengingati zaman keagungan kita
4. Memupuk semangat patriotisme
5. Rakyat berbangga menjadi rakyat Malaysia
(8) Rumusan
Sejarah – panduan dan pengajaran untuk panduan masa kini dan masa hadapan.
Melalui sejarah, generasi kita dipupuk dengan semangat patriotisme
Sejarah membantu kita menghargai serta memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Analisis Gred Purata Mata Pelajaran
Tahniah kepada guru-guru sejarah dan para pelajar PMR 2011 yang berjaya memperbaiki peratus dan GPS mata pelajaran sejarah.
ANALISIS GRED PURATA MATA PELAJARAN ANTARA TAHUN |
Akuarium saya
Profile
- Ketua Panitia : Pn Kamariah bte Mohd Nor
- Ledang, Johor, Malaysia
- Panitia Sejarah SMK Pesisiran Perdana
Followers
My Blog List
-
-
-
SELAMAT DATANG TAHUN 201610 years ago
-
-
-
-
-
-
Biodata En. Rosle Bin Yasin17 years ago
-
Pautan Link
Bank Soalan
Label
- Tingkatan 1 (1)

