Tuesday, April 24, 2012

Nota Ringkas (Ting 3)

Bab 6 - Perubahan pentadbiran ke Arah berkerajaan sendiri di Sarawak dan Sabah

Kerja Kursus Tingkatan 3 (2012)

SENARAI KANDUNGAN
ASPEK                                                                                                         MUKA SURAT
 1.TAJUK KAJIAN
2.SENARAI KANDUNGAN
 3.PENGHARGAAN
4.OBJEKTIF KAJIAN
 5.KAEDAH KAJIAN
 6.HASIL KAJIAN
7.RUMUSAN
 8.LAMPIRAN
 9.RUJUKAN

PENGHARGAAN

 Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.
 Penghargaan tidak terhingga juga saya tujukan kepada Puan Kamariah bte Mohd Nor selaku guru sejarah saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan KERJA KURSUS Sejarah ini. Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.
 Ucapan penuh kasih sayang juga saya tujukan buat ayah ______________ dan ibu_________________________________terima kasih atas segalanya. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan KERJA KURSUS SEJARAH sebaik ini.. Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan KERJA KURSUS ini.

Friday, April 6, 2012

Nota Sejarah Tingkatan 3 - Bab 5

BAB 5 : KEMERDEKAAN NEGARA
(1) Rombongan Merdeka
a) Usaha Mendapatkan Kemerdekaan
1. Dilakukan oleh Parti Perikatan.
2. Tunku Abdul Rahman berunding dgn raja-raja
Melayu dan British
3. Adakan mesyuarat rasmi dgn kerajaan British.
4. Rombongan Merdeka dibentuk
5. Terdiri wakil raja Melayu & 4 wakil Parti Perikatan.
b) Perjanjian London
1. Rundingan di London
2. Dipengerusikan - Lord Lennox-Boyd
3. Perjanjian London ditandatangani
i. Tarikh kemerdekaan ditetapkan 31 Ogos 1957.
ii. Suruhanjaya bebas gubal Perlembagaan
iii. Parti Perikatan tidak akan ambil alih perniagaan
British atau kepentingan Barat diTM
iv. Perjanjian pertahanan dgn British akan
ditandatangani bagi menjaga keselamatan dan
kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu.
v. Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan.
vi. Kuasa pusat dibahagikan dgn kuasa negeri
diteruskan.
c) Kembalinya Rombongan
1. Rombongan Merdeka kembali ke Tanah Melayu
2. Disambut diPadang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.
3. Tarikh merdeka diisytiharkan oleh T Abdul Rahman
(2) Suruhanjaya Reid
1. dibentuk Mac 1956
2. Menyusun perlembagan Persekutuan Tanah Melayu.
3. Dipengerusikan oleh Lord William Reid.
4. Ahli Suruhanjaya Reid yang lain;
i. Sir Ivor Jennings (England)
ii. Sir William Mckell (bekas Gabenor Jeneral AT)
iii. Tuan B.Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India)
iv. Tuan Abdul Hamid (Pakistan)
5. Tugas Suruhanjaya Reid
i. Rangka perlembagaan bagi Persekutuan Tanah
Melayu yang akan merdeka.
ii. Tentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri.
iii. Jamin kedudukan khas raja-raja Melayu.
iv. Wujudkan bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
6. menerima memorandum daripada pelbagai pihak
termasuklah raja-raja Melayu.
7. S/jaya Reid keluarkan draf untuk dibahaskan
8. Beberapa cadangan asal dipinda
9. Perkara dipersetujui
i. Sebuah negara persekutuan dibentuk
ii. Pembahagian kuasa pusat dan negeri.
iii. Kerakyatan jus soli kepada yang lahir di TM
iv. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
v. Institusi raja Melayu dan konsep Raja
Berpelembagaan dikekalkan.
vi. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
vii. bahasa Cina dan Tamil - bahasa pengantar di
sekolah masing-masing.
viii. Agama Islam agama rasmi Persekutuan.
ix. Agama lain boleh terus diamalkan.
10. Semua perkara dipersetujui berdasarkan semangat
tolak ansur dan permuafakatan antara kaum.
11 Persetujuan membolehkan pembentukan kerajaan
demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan.
12. Cadangan Reid diterima oleh Parlimen British.
13. Draf Perlembagaan Merdeka dibentangkan untuk
diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
14. 15 Ogos 1957, upacara tandatangani Perjanjian
Merdeka diadakan ant raja Melayu - British di KL
(3) Perlembagaan Merdeka
1. Fasal penting
i. Kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama
Persekutuan Tanah Melayu.
ii. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
iii. Parlimen - Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
iv. Perdana Menteri - ketua pentadbiran negara
v. Perdana Menteri dibantu oleh kabinet.
vi. Agama Islam - agama rasmi
vii. Bahasa Melayu - bahasa kebangsaan.
viii. Kerakyatan terbuka
ix. Kerakyatan secara permohonan dengan syarat
tertentu diberi pertimbangan.
x. Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan
2. Kepentingan perlembagaan merdeka
i. hak mutlak kpd penduduk utk terajui negara
ii. Melahirkan sebuah masyarakat bersatu padu.
(4) Pemasyhuran Kemerdekaan
a) Peristiwa pemasyhuran kemerdekaan
1. pukul 12.00 tgh malam 30 Ogos 1957, di
hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala
Lumpur, bendera UNION Jack diturunkan.
2. Bendera PTM dinaikkan oleh pemuda UMNO.
3. 31 Ogos 1957, pemasyhuran kemerdekaan di
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
4. Wakil Ratu Elizabeth, Duke of Wellington,
serahkan dokumen perisytiharan kemerdekaan
kepada Yang di-Pertuan Agong
5. Tunku Abdul Rahman baca perisytiharan
6. Tunku melaungkan MERDEKA! - tujuh kali.
b) Kandungan pemasyhuran kemerdekaan
1. Dokumen Pemasyhuran dlm bah Melayu& Inggeris.
2. Penggunaan tulisan jawi – simbol warisan bangsa
2. kandungannya:
i. PM - negara merdeka dan berdaulat.
ii. Raja Melayu dan Ratu England tandatangani
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
iii. Semua penguasaan Ratu England dan Parlimen
British ke atas Negeri-Negeri Selat terbatal.
iv. Perlembagaan berkuat kuasa - 31 Ogos 1957.
v. PTM kandungi negeri Johor, Pahang, Negeri
Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan,
Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang.
vi. PTM - negara demokrasi yang mengutamakan kesejahteraan rakyat