Tuesday, April 24, 2012

Nota Ringkas (Ting 3)

Bab 6 - Perubahan pentadbiran ke Arah berkerajaan sendiri di Sarawak dan Sabah

Kerja Kursus Tingkatan 3 (2012)

SENARAI KANDUNGAN
ASPEK                                                                                                         MUKA SURAT
 1.TAJUK KAJIAN
2.SENARAI KANDUNGAN
 3.PENGHARGAAN
4.OBJEKTIF KAJIAN
 5.KAEDAH KAJIAN
 6.HASIL KAJIAN
7.RUMUSAN
 8.LAMPIRAN
 9.RUJUKAN

PENGHARGAAN

 Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.
 Penghargaan tidak terhingga juga saya tujukan kepada Puan Kamariah bte Mohd Nor selaku guru sejarah saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan KERJA KURSUS Sejarah ini. Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.
 Ucapan penuh kasih sayang juga saya tujukan buat ayah ______________ dan ibu_________________________________terima kasih atas segalanya. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan KERJA KURSUS SEJARAH sebaik ini.. Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan KERJA KURSUS ini.

Friday, April 6, 2012

Nota Sejarah Tingkatan 3 - Bab 5

BAB 5 : KEMERDEKAAN NEGARA
(1) Rombongan Merdeka
a) Usaha Mendapatkan Kemerdekaan
1. Dilakukan oleh Parti Perikatan.
2. Tunku Abdul Rahman berunding dgn raja-raja
Melayu dan British
3. Adakan mesyuarat rasmi dgn kerajaan British.
4. Rombongan Merdeka dibentuk
5. Terdiri wakil raja Melayu & 4 wakil Parti Perikatan.
b) Perjanjian London
1. Rundingan di London
2. Dipengerusikan - Lord Lennox-Boyd
3. Perjanjian London ditandatangani
i. Tarikh kemerdekaan ditetapkan 31 Ogos 1957.
ii. Suruhanjaya bebas gubal Perlembagaan
iii. Parti Perikatan tidak akan ambil alih perniagaan
British atau kepentingan Barat diTM
iv. Perjanjian pertahanan dgn British akan
ditandatangani bagi menjaga keselamatan dan
kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu.
v. Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan.
vi. Kuasa pusat dibahagikan dgn kuasa negeri
diteruskan.
c) Kembalinya Rombongan
1. Rombongan Merdeka kembali ke Tanah Melayu
2. Disambut diPadang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.
3. Tarikh merdeka diisytiharkan oleh T Abdul Rahman
(2) Suruhanjaya Reid
1. dibentuk Mac 1956
2. Menyusun perlembagan Persekutuan Tanah Melayu.
3. Dipengerusikan oleh Lord William Reid.
4. Ahli Suruhanjaya Reid yang lain;
i. Sir Ivor Jennings (England)
ii. Sir William Mckell (bekas Gabenor Jeneral AT)
iii. Tuan B.Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India)
iv. Tuan Abdul Hamid (Pakistan)
5. Tugas Suruhanjaya Reid
i. Rangka perlembagaan bagi Persekutuan Tanah
Melayu yang akan merdeka.
ii. Tentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri.
iii. Jamin kedudukan khas raja-raja Melayu.
iv. Wujudkan bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
6. menerima memorandum daripada pelbagai pihak
termasuklah raja-raja Melayu.
7. S/jaya Reid keluarkan draf untuk dibahaskan
8. Beberapa cadangan asal dipinda
9. Perkara dipersetujui
i. Sebuah negara persekutuan dibentuk
ii. Pembahagian kuasa pusat dan negeri.
iii. Kerakyatan jus soli kepada yang lahir di TM
iv. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
v. Institusi raja Melayu dan konsep Raja
Berpelembagaan dikekalkan.
vi. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
vii. bahasa Cina dan Tamil - bahasa pengantar di
sekolah masing-masing.
viii. Agama Islam agama rasmi Persekutuan.
ix. Agama lain boleh terus diamalkan.
10. Semua perkara dipersetujui berdasarkan semangat
tolak ansur dan permuafakatan antara kaum.
11 Persetujuan membolehkan pembentukan kerajaan
demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan.
12. Cadangan Reid diterima oleh Parlimen British.
13. Draf Perlembagaan Merdeka dibentangkan untuk
diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
14. 15 Ogos 1957, upacara tandatangani Perjanjian
Merdeka diadakan ant raja Melayu - British di KL
(3) Perlembagaan Merdeka
1. Fasal penting
i. Kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama
Persekutuan Tanah Melayu.
ii. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
iii. Parlimen - Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
iv. Perdana Menteri - ketua pentadbiran negara
v. Perdana Menteri dibantu oleh kabinet.
vi. Agama Islam - agama rasmi
vii. Bahasa Melayu - bahasa kebangsaan.
viii. Kerakyatan terbuka
ix. Kerakyatan secara permohonan dengan syarat
tertentu diberi pertimbangan.
x. Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan
2. Kepentingan perlembagaan merdeka
i. hak mutlak kpd penduduk utk terajui negara
ii. Melahirkan sebuah masyarakat bersatu padu.
(4) Pemasyhuran Kemerdekaan
a) Peristiwa pemasyhuran kemerdekaan
1. pukul 12.00 tgh malam 30 Ogos 1957, di
hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala
Lumpur, bendera UNION Jack diturunkan.
2. Bendera PTM dinaikkan oleh pemuda UMNO.
3. 31 Ogos 1957, pemasyhuran kemerdekaan di
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
4. Wakil Ratu Elizabeth, Duke of Wellington,
serahkan dokumen perisytiharan kemerdekaan
kepada Yang di-Pertuan Agong
5. Tunku Abdul Rahman baca perisytiharan
6. Tunku melaungkan MERDEKA! - tujuh kali.
b) Kandungan pemasyhuran kemerdekaan
1. Dokumen Pemasyhuran dlm bah Melayu& Inggeris.
2. Penggunaan tulisan jawi – simbol warisan bangsa
2. kandungannya:
i. PM - negara merdeka dan berdaulat.
ii. Raja Melayu dan Ratu England tandatangani
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
iii. Semua penguasaan Ratu England dan Parlimen
British ke atas Negeri-Negeri Selat terbatal.
iv. Perlembagaan berkuat kuasa - 31 Ogos 1957.
v. PTM kandungi negeri Johor, Pahang, Negeri
Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan,
Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang.
vi. PTM - negara demokrasi yang mengutamakan kesejahteraan rakyat

Thursday, March 29, 2012

Kerja Kursus Sejarah 2012 - Elemen 3

Belilah Barangan Buatan Malaysia
Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotism dalam kalangan rakyat di negara kita?

Kempen belilah barangan buatan Malaysia telah diperkenalkan sejak tahun 1998. Objekif kempen ini bagi menggalakan rakyat tempatan menggunakan barangan tempatan dan membantu usahawan-usahawan tempatan memasarkan produk mereka. Sebagai negara yang pesat membangun Malaysia sebenarnya telah berjaya mengeluarkan pelbagai produk serta barangan hasil keringat usahawan-usahawan Malaysia. Sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia menyokong dan melibatkan diri dalam usaha memertabatkan produk tempatan.
Usaha kerajaan mengadakan kempen ini merupakan satu tindakan yang wajar kerana dapat melindungi kepentingan perusahaan tempatan, melindungi pengguna dan meningkatkan ekonomi negara. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu berganding bahu membangunkan negara dengan menyahut kempen ini sebagai satu sokongan terhadap kemajuan produk tempatan.
Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Pendek kata negara ini sudah mampu berdikari dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnya. Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi perlu mengimport barangan luar sebaliknya penggunaan produk keluaran negara diperluaskan . Sehubungan dengan itu, akan lahir sebuah masyarakat yang mempunyai semangat cinta akan negara dan berbangga dengan produk tempatan. Maka tidak hairanlah akan rakyat Malaysia akan sentiasa mengagung-agungkan produk tempatan walau di mana mereka berada lantas mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu padu

Wednesday, March 14, 2012

Sejarah Tingkatan 3 - Bab 4 Kerjasama Kaum Ke arah Kemerdekaan

Saturday, February 18, 2012

Jawapan Latihan Bab 1 Tingkatan 2

7 - C
8-D
9-B
10-D
11 -B
12-A
13-A
14-D
15-A
16-D
17-C
18-A
19-B
20-D
21-D

Good Luck untuk semua student Pesisiran Perdana yg akan menduduki Penilaian Kurikulum 1

Saturday, February 11, 2012

Powerpoint Sejarah Tingkatan 3 - Ancaman Komunis

Friday, February 3, 2012

Latihan Sejarah Tingkatan 2- Bab 1


https://www.rapidshare.com/#!download|628tl5|825036090|Latihan_Bab_1_Ting_2_0.doc
Sila download pada hosting site RapidShare - save file to your computer

Nota Sejarah Tingkatan 2 -Bab 1

BAB 1 : KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH
By Cikgu Kamariah Mohd Nor

BAB 1 : KEDUDUKAN STRATEGIK

MENDORONG PENGUASAAN BRITISH


(1) Pulau Pinang Menjadi Pangkalan SHTI :
1. SHTI jalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan British.

2. Pulau Pinang asalnya wilayah Kedah.

3. British tidak boleh menguasai Kedah. Siam mengaku Kedah di bawah naungannya.

4. SHTI ingin Pulau Pinang sebagai pangkalannya.

5. Kepentingan Pulau Pinang kepada British :

i. Pusat pengumpulan barangan :-

a. SHTI perlukan teh dari China

b. China perlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan Melayu.

ii. Sebagai pelabuhan persinggahan :-

a. Pelabuhan Pulau Pinang menyediakan makanan, kemudahan membaiki kapal

b. Tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.

iii. Menjadi pangkalan tentera British :-

a. British dan Perancis bersaing menguasai perdagangan di India.

b. Pulau Pinang sebagai pengkalan tentera mempertahankan petempatan British di India daripada serangan Perancis.

(2) Kedaulatan Kedah tercabar
1. Kedah mempunyai pelabuhan entreport.

2. Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan

3. Kemakmuran Kedah menyebabkan pemimpinnya sentiasa hadapi cabaran dalam dan luar negeri.

Ancaman Bugis
i. Perebutan takhta apabila Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda.

ii. Perlantikan tidak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara

iii. Mereka berpakat dengan Bugis di Selangor menentang Sultan Muhammad Jiwa.

iv. Bugis (Raja Haji) menawan Kuala Kedah serta Alor Setar.

v. Sul Muhammad Jiwa dapatkan bantuan ketenteraan Firma Jourdain Sullivan & de Souza.

vi. Firma hantar Francis Light untuk berunding

vii. Perjanjian (1771) benarkan firma berniaga di Kuala Kedah

viii. Sultan batalkan perjanjian apabila firma enggan memberi bantuan tentera bagi menyerang Bugis di Selangor.

(b) Ancaman Siam
i. Kedah hentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa berperang dengan Burma

ii. Selepas perang dgn Burma tamat, Siam menjadi kuasa yang kuat semula.

iii. Siam tuntut Kedah hantar bunga emas, wang serta tenaga manusia.

iv. Sultan Kedah (Sultan Abdullah– pengganti Sultan Muhammad Jiwa ) berasa terancam

v. Sultan dapatkan bantuan tentera SHTI.

vi. Tawarkan Pulau Pinang jika SHTI sanggup melindungi Kedah daripada ancaman Siam.

vii. Francis Light menerima tawaran Sultan Abdullah

(3) Pertapakan British di Pulau Pinang
1. Tipu helah Francis Light

i. SHTI bimbang dgn dasar monopoli Belanda

ii. Tawaran Sultan Abdullah membenarkan SHTI menduduki Pulau Pinang memenuhi keperluan SHTI bagi menghadapi ancaman Belanda.

iii. Francis Light tandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 dgn Sultan Kedah secara peribadi.

iv. Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat memberi bantuan ketenteraan

2. Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786

i. SHTI bantu Kedah sekiranya diserang musuh

ii. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah

iii. SHTI membayar 30 ribu dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah sebagai pampasan

3. Upacara menaikkan bendera Union Jack

i. Pulau Pinang dinamakan Prince of Wales Island

ii. Petempatan dinamakan Geogetown sempena nama King George III.

iii. bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu.

(4) SHTI mungkir janji
1. Siam takluki Patani dan mengancam Kedah.

2. Sultan Abdullah tuntut SHTI memberi ketenteraan

3. SHTI enggan sebab tidak terlibat dlm Perjanjian 1786,

4. Perjanjian 1786 bersifat peribadi antara Sultan Abdullah dengan Francis Light.

5. SHTI jaga kepentingan perdagangan dengan Siam.

6. Sul Abdullah desak Francis Light meninggalkan Pulau Pinang.

7. Francis Light enggan melepaskan Pulau Pinang.

8. Francis Light tawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolak oleh Sultan Abdullah.

9. Sultan Abdullah rasa tertipu – sediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk ambil semula Pulau Pinang.

10. Baginda dapatkan bantuan Riau, Siak dan Selangor.

11. Francis Light meminta bantuan tentera

12. Sultan Abdullah tewas

13. Sultan Abdullah tandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1791.

14. SHTI bayar 6 ribu dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah.

15. George Leith dilantik Gabenor Pulau Pinang pertama.

Padan muka, dah kena tipu dengan British. Sekadar makluman tambahan,SHTI ni cuma golongan pedagang Inggeris sahaja. Tetapi mereka dilengkapi dengan alatan senjata. Al maklum jela, mereka ni ramai bekas tentera British. Belayar jauh2, mesti kena cukup senjata, tak pasal2 kena serang dengan Jack Sparrow Pirate Of Carribean. Tipah Tertipu lagi…!!!!
(5) Pertapakan SHTI di Seberang Perai
i. Seberang Perai sesuai sebagai benteng mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang

ii. Seberang Perai subur untuk bercucuk tanam bagi keperluan makanan penduduk di Pulau Pinang.

iii. Sultan Dzauddin (pengganti Sultan Abdullah) perlukan bantuan ketenteraan bagi hadapi Siam.

iv. Menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George Leith

v. syarat Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800;

- Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai.- SHTI bayar 10 ribu dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai.

vi. SHTI mungkir janji untuk bantu Kedah, bantuan tidak diberi apabila Siam menyerang Kedah pada tahun 1821.

vii. Kedah ditakluki oleh Siam.

vii. Jun 1826, Raja Siam (Rama III) tandatangani perjanjian dgn Henry Burney di Bangkok

ix. Syarat Perjanjian Burney :

a. British iktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah.

b. Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma

c. British tidak akan membantu Sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya.

d. British menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah,

e. Kedah bayar ufti bunga emas kepada Siam.

(6) SHTI di Singapura
1 Sebab British ingin mengambil Singapura
i. Pulau Pinang jauh ke utara Selat Melaka

ii. Pulau Pinang gagal bersaing sebagai pelabuhan di kepulauan Melayu.

iii Kapal banyak ke Betawi, Riau & Lingga.

iv. Perdagangan SHTI dgn China semakin penting.

v. Barangan dari China mendapat pasaran di Eropah.

vi. Inginkan pelabuhan strategik di Selat Melaka

vii. Perang Napoleon meletus di Eropah, Belanda ditawan Perancis.

viii. Perancis berhasrat kuasai wil. Belanda di Timur.

ix. Belanda tandatangani Surat Kew dgn British.

x. Belanda serahkan secara sementara jajahannya di Timur kpd British hingga Perang Napoleon tamat.

xi. SHTI kuasai Melaka & Betawi semasa Perang

xii. Selepas Perang, British pulangkan Melaka dan Betawi kepada Belanda.

xiii. Belanda kenakan cukai yang tinggi dan layanan buruk kpd pedagang British dan Betawi.

xiv. Stamford Raffles cari pelabuhan baru.

xv. Cubaan Raffles membuka pelabuhan di Palembang, Acheh dan Riau gagal.

xvi. Cadangkan pangkalan baru di Singapura. Singapura wilayah kekuasaan kerajaan Johor.

xvii. Singapura strategik – sesuai sebg pelabuhan bebas dan dijadikan pangkalan bagi menyaingi pelabuhan Belanda dan Betawi.

xviii. Raffles yakin Singapura boleh menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu.

2 Masalah perebutan takhta di Johor
i. Jajahan Johor termsk Pahang, Johor, Singapura.

ii. Sultan Abdul Rahman pemerintah kerajaan Johor,

iii. Pusat pentadbirannya di Lingga.

iv. Pahang diperintah oleh Bendahara Ali keturunan Bendahara Johor.

v. Temenggung Abdul Rahman – pemerintah Singapura dan Tanah Besar Johor.

vi. Beliau menjadikan Kuala Sg Singapura sebagai pusat pentadbiran dan pelabuhan.

vii. Raffles hadapi masalah mengambil Singapura – Singapura di bawah Sultan Abdul Rahman yang berada di bawah pengaruh Belanda.

viii. Apabila Sultan Mahmud Shah III mangkat, Tengku Hussein putera sulungnya diketepikan

ix. Adiknya, Tengku Abdul Rahman jadi sultan.

x. Mengikut adapt, pengganti sultan perlu dilantik sebelum upacara pemakaman

xi. Tengku Hussein tiada di istana sultan tetapi berada di Pahang.

xii. Pembesar Johor dgm sokongan Belanda melantik Tengku Abdul Rahman sebagai pengganti sultan.

xiii. Raffles melihat pertelingkahan sebagai peluang untuk campur tangan dengan cara menyokong Tengku Hussein menjadi Sultan Johor.

3. British di Singapura melalui Perjanjian 1819 :
i. Raffles mendarat di Singapura.

ii. Raffles paksa Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian yang membenarkan British membina loji di Singapura.

iii. Temenggung Abdul Rahman menandatanganinya kerana bimbang diserang oleh Raffles

iv. Syarat Perjanjian Temenggung Abdul Rahman dan Stamford Raffles pada 30 Januari 1819 :

a. SHTI dirikan loji di Singapura

b. SHTI lindungi Temenggung daripada ancaman

c. SHTI bayar 3 ribu dolar Sepanyol setahun kpd Temenggung

d. SHTI tidak membenarkan Temenggung membuat hubungan dengan Barat yang lain.

v. Perjanjian 1819 tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan Sultan Johor (Sultan Abdul Rahman)

vi. Raffles perdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda dgn hidupkan semula masalah waris tahun 1812.

vii. Raffles peralatkan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak menjadi sultan.

viii. Raffles pujuk Temenggung Abdul Rahman menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabalkan sebagai Sultan Johor.

ix. Setelah menjadi Sultan, Sultan Hussein iktiraf perjanjian awal Temenggung dengan Raffles.

x. SHTI secara rasmi bertapak di Singapura.

xi. Pertabalan Sultan Hussein menyebabkan Johor mempunyai dua orang sultan – Sultan Hussein bersemayam di Singapura Sultan Abdul Rahman bersemayam di Lingga.

4 British di Singapura – Perjanjian 1823 & 1824
i. Perjanjian 1819 tidak membolehkan Raffles berkuasa penuh ke atas Singapura.

ii. 7 Jun 1823 perjanjian Raffles dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman membolehkan SHTI berkuasa di Singapura dan pulau berdekatan.

iii. Syarat Perjanjian 7 Jun 1823;

a. Sultan terima bayaran 1500 dolar Sepanyol, Temenggung terima 800 dolar Sepanyol setiap bulan.

b. Sultan dan Temenggung tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang Cina.

c. SHTI berkuasa di seluruh Pulau Singapura dan pulau berdekatan kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan dan Temenggung.

d. Undang-undang British dikuatkuasa.

iv. 2 Ogos 1824, perjanjian ditandatangani John Crowfurd (Residen Singapura) dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman.

v. Syarat Perjanjian 2 Ogos 1824;

a. Sultan dan Temenggung menyerahkan Singapura kepada SHTI

b. Sultan dan Temenggung hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya.

c. Sultan dan Temenggung atau warisnya boleh menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura.

vi. S. Hussein menetap di Kampung Gelam, Singapura.

vii. Baginda ke Bandar Hilir Melaka kerana kecewa dengan syarat perjanjian 1824.

viii. SHTI mengarahkan Temenggung memindahkan pusat pentadbirannya dari Kuala Sg Singapura ke Teluk Belanga dgn alasan memajukan Singapura.

ix. SHTI mengambil tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga

x. Tahun 1866, pusat pemerintahan dipindahkan dari Teluk Belanga ke Johor Bahru.

(7) Perpecahan Kepulauan Melayu
i. Belanda dakwa Singapura pengaruhnya.

ii. Belanda bimbang kemajuan Singapura menjejaskan perdagangannya di Betawi.

iii. Pertikaian berkaitan Singapura mencetuskan ketegangan British dengan Belanda.

iv. British enggan serahkan Singapura kepada Belanda

v. Ketegangan ini diselesaikan melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)

vi. Syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac 1824 :

a. Belanda iktiraf petempatan British di Singapura.

b. Belanda tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu.

c. British serah Bangkahulu kepada Belanda

d. Belanda serah Melaka kepada British.

e. British tidak akan buka petempatan baru ke selatan Singapura

vii. Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda :

a. Kepulauan Melayu terbahagi dua kawasan.

b. Sem. Tanah Melayu & Singapura pengaruh British.

c. Kepulauan Riau &Lingga-pengaruh Belanda.

d. Pengaruh British di Sem. Tanah Melayu tanpa gangguan kuasa Barat lain.

(8) SHTI di Melaka
i. Melalui perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Belanda serahkan Melaka kepada British.

ii. British serahkan Bangkahulu kepada Belanda

iii. Penguasaan ke atas Melaka membolehkan British menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka.

iv. Perjanjian mengakibatkan kerajaan Johor berpecah.

v. Melaka, Pahang, Johor dan Singapura berada di bawah pengaruh British

vi. Kepulauan Riau serta Lingga di bawah Pengaruh Belanda.

(9) Negeri-negeri Selat (NNS)
i. SHTI di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura

ii. Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor

iii. Singapura dan Melaka ditadbir oleh Residen.

iv. Tahun 1826, disatukan di bwh Negeri-negeri Selat.

v. Bertujuan seragamkan pentadbiran dan jimatkan perbelanjaan.

vi. Ibu negeri NNS yang pertama ialah Pulau Pinang.

vii. Tahun 1832, Singapura gantikan Pulau Pinang sebagai ibu negeri kerana kedudukan strategik.

viii. Pentadbiran NNS diketuai Gabenor NNS

ix. Gabenor NNS dibantu oleh Residen Konsuler – menjalankan pentadbiran di negeri masing-masing.

x. Gabenor Jeneral British di India menggubal dasar dan undang NNS.

xi. Rasa tidak puas hati penduduk dan saudagar tempatan – merasakan NNS seolah tanah jajahan India.

xii. Saudagar British di NNS merayu British memindahkan pentadbiran ke London.

xiii. Pada 1 April 1867, NNS diisytiharkan sebg tanah jajahan British dan diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London.

xiv. Majlis Perundangan ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan undang-undang sendiri.

xv. Faktor pemindahan pentadbiran NNS dari India ke London pada tahun 1867 :

a. SHTI di India tidak ambil berat kebajikan NNS.

b. NNS bantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas Singapura.

c. Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal – ada kongsi gelap dan kekacauan.

d. Penduduk bantah tindakan NNS sebagai tempat buangan banduan.

e. Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata wang dolar Sepanyol digantikan dengan mata wang rupee India (nilainya rendah)

Powerpoint Sejarah Tingkatan 2 -- Bab 1 SHTI BERTAPAK DI TANAH MELAYU

Thursday, February 2, 2012

Video Sejarah Ting 2 - SHTI Mengambil Seberang Perai

Video Sejarah Ting 2 - SHTI di Pulau Pinang

Tuesday, January 31, 2012

Bab 2 - Malayan Union

Video Sejarah

Saturday, January 21, 2012

Pemerintahan Tentera Jepun di Tanah Melayu

Kepada para pelajar ting 3P1, 3P2 dan 3P3 sila tonton video ini untuk memahami bab  pemerintahan Jepun

Saturday, January 7, 2012

Latihan Tingkatan 3 Bab 1

Khas untuk pelajar2 3P1
http://www.mirrorcreator.com/files/0H4VMYEY/Latihan_Bab_1_Ting_3.doc_links

Latihan Teka Silangkata.

Kepada para pelajar 3P1 sila jawab teka silangkata ini.
http://sejarah101.zzl.org/ting3/f3b1cross.htm

Nota Sejarah Tingkatan 3

Panitia Sejarah SMK Pesisiran Perdana: Nota Sejarah Tingkatan 3

Majlis Persaraan Cikgu Rahman (PK Akademik) - Guru Sejarah

Ketibaan Cikgu Rahman di perkarangan SMK Pesisiran Perdana
 Menaandatangani buku pelawat
 Bersalam-salaman dengan para pelajar dan guru-guru
Cikgu Rahman merupakan guru sejarah yang berpengalaman dan telah mengajar  hampir 30 tahun dalam dunia pendidikan. Persaraan beliau sukar dicari ganti. Banyak membantu guru-guru di SMK Pesisiran Perdana terutama guru sejarah.
Bak kata pepatah : patah tumbuh hilang berganti, tapi takkan sama dengan yang pergi.  

Thursday, January 5, 2012

Panitia Sejarah SMK Pesisiran Perdana: Nota Sejarah Tingkatan 3

Panitia Sejarah SMK Pesisiran Perdana: Nota Sejarah Tingkatan 3